VIDEO:Parti tidak bersama Pakatan Harapan berjuang untuk BN – Tun Mahathir

Tegas Tun Mahathir, mana-mana parti yang gagal berbuat demikian dan bergerak secara berasingan dalam pilihan raya tersebut dianggap sebenarnya berjuang untuk Barisan Nasional terus memerintah di negara ini.

“Tukar kerajaan ke, kepimpinan baru ke, mereka (parti-parti pembangkang) harus membuat satu kerjasama yang berkesan supaya tidak lemah.

“Bila bertanding berasingan dengan Pakatan Harapan, sebenarnya parti itu berjuang untuk Barisan Nasional. Bila tiga pertandingan tiga penjuru, Barisan Nasional akan menang.

“Kalau ada parti tidak mahu gabung, mereka sebenarya berjuang untuk BN, untuk mereka kekal sebagai kerajaan Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia di Putrajaya.

Pada Jun 2015, mesyuarat Jawatankuasa eksekutif pusat DAP memutus bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud susulan daripada keputusan Muktamar PAS sebelum itu yang memutuskan hubungan dengan DAP.

Menurut Tun Mahathir, sejarah 59 tahun politik di negara ini jelas menunjukkan kegagalan pembangkang bekerjasama sebagai satu pasukan merupakan faktor kekalahan mereka sehingga kini.

Jelasnya lagi, seruannya ini terhadap semua parti dan bukan sahaja PAS yang pernah menjadi rakan pakatan pembangkang sebelum ini.

“Ia merangkumi semua parti-parti pembangkang,” ujarnya.

https://www.youtube.com/watch?v=lsWbOPE5ti4

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron