Parti Shafie Apdal tidak akan bergabung dengan blok pembangkang

Bagaimanapun, katanya, partinya akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Warisan lebih memberikan tumpuan di Sabah dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas mengenai ketidakhadirannya pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lepas, Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata beliau sedang melakukan jelajah di kawasan Kudat, Sabah, pada hari tersebut. –Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri