Parti Pribumi Bersatu bukan rasis, kata Muhyiddin

Beliau yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata bukan kriteria keahlian yang harus diutamakan sebaliknya pegangan parti itu dan Perlembagaannya yang menjadi keprihatinan rakyat Malaysia.

“Lihatlah Perlembagaan. Saya rasa yang paling penting bukan soal keahlian, tetapi apa pegangan parti,” katanya, ketika merasmikan kempen menderma darah di ibu negara, pada Sabtu.

Turut bersama dengan Muhyiddin dalam penubuhan parti itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengerusinya.

“Ia bukan sekadar dasar parti. Perlembagaan menyentuh mengenai isu-isu ekonomi, pendidikan, agama, hak untuk rakyat Malaysia, tadbir urus yang baik, anti-rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya rasa apa yang rakyat Malaysia harapkan dari mana-mana parti politik, kita dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan.

Penubuhan parti itu dikritik banyak pihak susulan proses keahliannya yang mana ahli bukan Bumiputera hanya diiktiraf sebagai ahli bersekutu.

“Tidak kira bahawa saya seorang Melayu, saya bukan rasis, saya berjuang untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri