Prsidennya Datuk R.S. Mohan Shan berkata, komuniti India berdepan cabaran dan tekanan sosioekonomi yang agak kritikal dan kerajaan serta pemimpin parti politik bertanggungjawab penuh terhadap perkara itu.
“Wang dalam bentuk berjuta atau berbillion diberikan sebagai dana kepada parti politik, tetapi tiada siapa yang menyiasat apakah wang itu sampai kepada golongan sasaran masyarakat secara telus.
“Malah dana itu tidak diuruskan dengan baik dan sebab itulah penyelewengan dan ketirisan banyak berlaku, siapa puncanya?” soal beliau.
Menurutnya, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), yang berkhidmat ikhlas untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat hanya menerima suntikan dana minima dari kerajaan.
Malah katanya ia dikenakan pelbagai syarat dan peraturan sebelum meluluskan peruntukan itu.
“Adalah sangat sedikit tindakan dimbil memantau wang itu sampai kepada golongan sasaran. Tetapi pihak yang ingin berbuat demikian dikenakan syarat dan sekatan yang mana langsung tidak adil.
“Tindakan atau inisiatif NGO yang berusaha gigih dan membantu rakyat di bawah tidak harus diganggu atau disekat sebaliknya kerajaan patut menyokong dan menggalakkan NGO supaya meneruskan kerja amal itu tanpa sebarang halangan.
“Pemimpin politik tidak boleh campuri aktiviti NGO kerana ia akan mencetuskan masalah dan kekeliruan.,” katanya lagi.
Inilah punca kepada kekeliruan dalam Perhimpunan Agung MIC Ahad lalu.
setiap masyarakat mempunyai masalah tertentu tetapi ia tidak diheret atas jalanan, tetapi drama politik yang kita dapat lihat di luar PWTC ahad lalu sangat menyedihkan.
Beliau menasihatkan pemimpin politiik supaya tidak terlibat dalam politik jijik seumpama sebaliknya perlu berjuang secara ikhlas kepada komuniti India. – Malaysia Nanban