Parti baru tidak goyahkan UMNO Sabah -Zahid

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata UMNO Sabah telah menunjukkan prestasi yang baik untuk terus menjadi kubu kuat dan simpanan tetap UMNO dan BN.

“Biar hujan datang, biar gelombang melanda, biar badai kencang … namun UMNO dan BN tetapi perkasa di bumi Sabah, negeri di bawah bayu.

“Solidariti dan kesepaduan kalangan ahli UMNO dan BN khususnya di Sabah, saya yakin negeri ini terus menjadi simpanan tetap,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan serentak UMNO Zon Lima Sabah, di sini hari ini.

Zon lima membabitkan UMNO Bahagian Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Kinabatangan. –Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri