Parti baharu Dr Mahathir akan hadkan tempoh pegang jawatan

Menurut tulisan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin di blognya hari, parti yang ditubuhkan itu juga akan bekerjasama secara terangkum bersama-sama parti-parti pembangkang lain dengan tujuan iaitu menentang Barisan Nasional (BN).

“Ia akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.

“Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru,” katanya melalui tulisan di blog beliau pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, parti baru itu juga ditubuh berasaskan parti Melayu atau Bumiputera iaitu lebih peribumi.

Menurut A Kadir, ianya bermatlamat untuk mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu / Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan juga keterbukaan.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah memegang jawatan selaku Presiden UMNO selama 22 tahun sepanjang pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau merupakan individu yang paling lama memegang tampuk kepimpinan parti dan juga kerajaan negeri sejak dari tahun 1981 dan bersara pada tahun 2003.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mendedahkan jawatankuasa penaja parti baru itu dengan memperlihatkan; Pengerusi Tun Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Kamarul Azman Habibur Rahman dan Bendahari Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Manakala Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Anina Saadudin, Akhramsyah Sanusi dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hari ini, permohonan pendaftaran parti kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan dihantar secara talian dan dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi dipercayai pada 8 Ogos ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri