“Usul itu akan merupakan pengiktirafan secara rasmi parlimen terhadap pencapaiannya. Saya berharap dia akan berada di sana dengan keluarganya dan kata Schooling, dia akan berbuat demikian,” kata Hsien Loong dalam catatan Facebooknya.
Parlimen Singapura akan bersidang pada Isnin.
Usul itu akan menyuarakan sokongan untuk Team Singapore di Rio 2016, katanya.
Kelmarin, Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Schooling kerana mengharumkan nama Singapura dengan memenangi pingat emas pertama Olimpik negara itu.
Schooling mengatasi perenang pujaannya, Michael Phelps dari Amerika Syarikat dengan masa satu saat, yang menamatkan perlumbaan itu dengan masa 51.14s untuk berkongsi tempat kedua dengan perenang Afrika Selatan Chad le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary.
Dengan pencapaian itu, Schooling juga memecahkan rekod yang dicipta Phelps pada Olimpik Beijing 2008 iaitu 50.58s. – Sinar Harian