Terlebih dulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan tentang kehilangan dua ahli Parlimen terbabit yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.
Pandikar kemudiannya membaca serba sedikit sejarah pembabitan Noriah dan Wan Khair-il dalam arena politik negara serta sumbangannya.
Beliau menyifatkan kedua-dua ahli Parlimen itu sebagai individu yang cukup berjasa khususnya dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
“Sesungguhnya jasa Allahyarhamah dan Allayarham cukup besar, saya minta semua Yang Berhormat bangun bagi yang beragama Islam baca surah al-Fatihah bagi dihadiahkan kepada roh arwah dan bagi bukan beragama Islam bertafakur selama seminit, al-Fathihah,” katanya sesi Dewan Rakyat pagi ini.
Noriah dan Wan Khair-il antara enam mangsa nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) baru-baru ini.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan 18 Jun ini bagi mengisi kekosongan dua kerusi terbabit.