Dalam peringkat saringan yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio, awal pagi tadi, Siti Noor Iasah memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat (S).
Catatan pelari jarak pertengahan negara berusia 27 tahun itu sekali lagi memperbaharui rekod Sukan Para Asia iaitu 1:01.33s miliknya, yang dilakukan di Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Siti Noor Iasah sudah memperbaharui rekod Sukan Para Asia ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu dengan catatan masa 60.35s untuk meraih pingat gangsa.
Saingan akhir acara 400m T20 wanita akan berlangsung esok, membabitkan lapan pelari terbaik daripada kedua-dua peringkat saringan. –Bernama