Papagomo dihalang masuk Sarawak

Beliau disekat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik tiba pada jam 12.15 tengah hari daripada ibu negara.

“Tanya kenapa tak dibenarkan masuk? Saya bukan pemimpin politik, bukan wakil rakyat, bukan penyeludup, bukan pengedar dadah.

“Jawapan diberi atas alasan saya adalah ‘Pakar Propaganda’,” katanya menerusi status di Facebook miliknya.

Sebelum ini beberapa watak kontroversi dihalang memasuki Sarawak seperti penceramah Dr Ridhuan Tee Abdullah, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menjelaskan sekatan ini bagi melindungi negerinya daripada unsur-unsur yang tidak baik.

Sehingga kini 16 individu termasuk pemimpin politik dihalang daripada memasuki negeri terbaharu sebelum Papagomo, Khalid Samad antara yang dihalang.

Pemimpin politik lain yang turut dihalang, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai