Pantai timur diramal banjir besar

Perkara itu disahkan Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad meskipun katanya banjir pada tahun ini dijangka tidak seburuk bah kuning yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak pada 2014.

“Mengikut ramalan, lebihan 20 peratus taburan hujan memungkinkan berlaku banjir yang serius di Terengganu, Pahang dan Kelantan pada hujung tahun ini.

“Dalam tempoh angin Monsun Timur Laut yang bertiup bermula November hingga Mac 2017 turut membawa angin kencang,” katanya memetik laporan Kosmo Online.

Menurut beliau, ramalan kaji cuaca turut khua­tir sekiranya peningkatan taburan hujan dalam tempoh itu turut mengundang berlaku fenomena La Nina seperti yang berlaku pada penghujung tahun 2014.

Selain negeri-negeri di Pantai Timur yang diramal bakal dilanda banjir buruk, Shaharuddin membe­ritahu, tempias fenomena La Nina itu juga dikhuatiri bakal memberi kesan banjir di beberapa bahagian di timur Johor.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia