Pandelela, Dhabitah gagal sumbang pingat untuk Malaysia

Dhabitah sekadar berakhir di kedudukan kesembilan dengan memperolehi 338 mata manakala Pandelela di tangga kesebelas selepas hanya mendapat 330.45 mata.

Dhabitah ketika ditemui pemberita selepas itu berkata beliau berasa gemuruh kerana ini merupakan penyertaan kali pertama beliau di sukan Olimpik.

“Saya rasa sangat gembira (masuk pusingan akhir). Ini kali pertama saya di sukan Olimpik dan pertama kali masuk ke pusingan akhir. Saya agak bertuah.

“Saya boleh melakukan lebih baik tetapi ada kekurangan pada hari ini. Saya sedikit gemuruh,” katanya.

Ketika diminta mengulas pencapaian beliau yang lebih baik berbanding ratu terjun negara, Pandelela, Dhabitah berkata “Saya menghormati Pandalela sebagai seorang senior”.

Sementara itu, Pandelela mengakui beliau tidak berpuas hati dengan aksinya pada hari ini dan berasa sangat sedih kerana tidak mampu mengulangi pencapaiannya memenangi pingat gangsa di sukan Olimpik London empat tahun lalu.

“Saya rasa kurang berpuas hati dan sangat sedih kerana saya tidak mampu memperbaharui saya punya rekod. Saya rasa saya boleh buat lebih baik.

“Saya telah cuba tetapi badan sudah terlalu lebih walaupun saya cuba bertahan sehingga akhir. Memandangkan hari ini bukan hari saya, saya cuma mampu berserah,” katanya.

Mengulas mengenai pencapaian Dhabitah yang lebih baik daripada beliau, Pandelela menyifatkan pelapisnya itu sebagai seorang yang berbakat.

“Saya rasa Dabhitah seorang yang berbakat. Dia memang lebih kuat daripada saya secara fizikal.

“Dia merupakan penerjun yang perlu diberi perhatian pada masa akan datang,” ujarnya.

Peserta pilihan dari China, Ren Qian berjaya mendapat pingat emas selepas mengutip 439.25 mata dan diikuti rakan senegaranya Si Yajie di tempat kedua dengan 419.40 mata. Pingat gangsa diperolehi penerjun Canada, Meaghan Benfeito dengan 389.20 mata.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2