PAN tidak diajak berbincang PRN Pulau Pinang

Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press.

“Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin Amanah,” katanya.

Bukan itu sahaja jelasnya, Amanah juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan cadangan berkenaan.

Mengenai pembahagian kerusi, Mujahid berkata, ia hanya boleh dibincang selepas tarikh pilihan raya awal, selepas membuat ketetapan mengenai perkara itu barulah perbincangan mengenai peruntukan kerusi boleh diadakan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim memberi jaminan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara bersendirian.

Enam pemimpin DAP dikatakan membentangkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada Isnin malam lalu untuk mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan persetujuannya.

Selepas gagal mencapai kata sepakat, Guan Eng bertindak mengadakan perbincangan dengan tiga pemimpin PKR, iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya Saifuddin Nasution di Pulau Pinang, kelmarin.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri