PAN ganggu PAS di Sarawak

PAN dilihat cuba menjadi ‘pengacau’ ketika PAS berusaha untuk melahirkan anak sulungnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau misalnya sebelum ini ditandingi PAS, namun kali ini PAN juga meletakkan calonnya dikerusi itu.

PAN hari ini mengumumkan 13 calon untuk PRN Sarawak, termasuk dua calon bukan Islam untuk DUN Sebuyau dan Gedong.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, berkata calon parti itu akan bertanding di kawasan-majoriti Melayu.

Cabaran AMANAH akan dipikul oleh Mohammad Fidzuan Zaidi untuk DUN Demak Laut, Nani Sahari (Samariang), Abang Abdul Halil Naili (Muara Tuang), Othman Mustapha (Sadong Jaya), Andrew Jain (Sebuyau), Rapelson Richard Hamit (Gedong), Andri Zulkarnaen Hamden (Beting Maro), Jini Sahini (Kabong), Sufian Julaihi (Kuala Rejang), Fadillah Sabali (Semop), Ibrahim Bayau (Daro), Kiprawi Sabali (Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (Balingian).

Ini adalah penampilan pertama parti serpihan PAS itu bertanding dalam pilihan raya selepas ditubuhkan tahun lalu.

Andrew dan Rapelson calon etnik Iban dan bukan beragama Islam mewakili PAN. Andrew adalah seorang aktivis yang terbabit dalam aktiviti anti-pembalakan dan anti-perampasan tanah, manakala Rapelson adalah seorang aktivis untuk Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia).

PAN dijangka menghadapi pertandingan sengit di Muara Tuang, Semop dan Jemoreng dimana PBB mengetengahkan jaguh Idris Buang, Abdullah Saidol dan bekas mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai