PAN adalah Dewan Himpunan Penyokong DAP, kata Abdul Hadi

PAS menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) yang wujud hasil serpihan parti itu hanya sekadar menjadi dewan himpunan penyokong DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia dapat dilihat pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu yang mana DAP memainkan peranan berkempen untuk calon PAN.

Beliau berkata, DAP banyak memainkan peranan dan membantu PAN sebagai parti yang menggantikan PAS dalam pakatan.

“PAN adalah dewan himpunan penyokong DAP. PAS kita ada dewan himpunan penyokong PAS. Begitulah PAN menjadi dewan himpunan penyokong DAP.

“Pada dua PRK lalu yang bekerja untuk PAN adalah DAP. Kewujudan PAN tidak menggugat PAS,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila, Marang hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyertai PAN.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang menyifatkan pemberian duit raya sempena Aidilfitri sebagai dedak ataupun rasuah.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Hadi berkata pemberian duit raya kepada kanak-kanak pada sambutan Aidilfitri bukan rasuah dan ia satu amalan baik sempena hari perayaan.

Sebaliknya beliau berkata, pemberian ‘angpau’ pada musim perayaan tertentu kepada orang dewasa dengan nilai yang tinggi sepatutnya dipersoalkan dan apakah ia berunsur rasuah.

“Orang Islam hanya bagi duit raya pada kanak-kanak, yang bagi angpau kepada orang dewasa dengan nilai sudah tentulah besar itu apa pula.

“Apakah bagi duit raya pada kanak-kanak satu rasuah? Apa kepentingan mereka? Bagi duit raya pada kanak-kanak tidak lebih kepada didikan kasih sayang.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri