Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Kabinet pada 11 Mac lalu.
“Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibuat oleh Kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang,” kata Najib dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan. – BERNAMA