‘Pak Guard’ Ditahan, Disyaki Cabul Budak Perempuan Darjah Satu

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan tujuh tahun di hadapan kelas dalam satu kejadian di salah sebuah sekolah di Teluk Intan, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 11.00 pagi selepas menerima laporan daripada rakan sekerja suspek.

“Menurut pengadu pengawal keselamatan berkenaan telah bertindak memeluk dan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun di hadapan kelas sekolah tersebut.

“Kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi sewaktu pengadu sedang meronda di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahmad Adnan, bertindak daripada maklumat orang awam, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabar Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, telah berjaya menangkap suspek di lokasi kejadian.

“Menurut mangsa, suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan mencabul mangsa di sekolah yang sama dan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, dia mengaku terlibat dengan perkara ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan,” katanya.

Ujar Ahmad Adnan, suspek direman selama enam hari bermula 1 Januari sehingga 6 Januari untuk siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia