PAFA akan kemuka rayuan isu pemain digantung positif doping

Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, selain merayu untuk meringankan hukuman berkenaan, Pafa juga akan membantu pemain berkenaan demi memastikan masa depannya tidak terjejas.

“Kita akan cuba untuk merayu agar FAM agar dapat ringankan hukuman pemain berkenaan. Pemain ini masih muda.

“Kita juga akan bantu pemain berkenaan untuk menjamin masa depannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, keputusan berkenaan dibuat setelah pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat Selasa lalu berdasarkan ujian sampel air kencing pemain berkenaan serta pemain PDRM, Muhammad Syafiq Jamal selepas aksi Liga Super antara Perak dan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka 4 Mei lalu.

Kedua-dua emain berkenaan didapati positif ujian doping dan didapati bersalah kerana melanggar Artikel 6 Peraturan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Anti-Doping 2016.

Pada 13 Jun pula, Timbalan Pengerusi Jawatankausa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin telah mendedahkan kedua-dua pemain tempatan berkenaan didapati positif ujian doping.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2