Padah minta habuan untuk ‘surat kuning’ kerabat diraja, 2 termasuk Datuk Seri direman

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Datuk Seri berusia 46 tahun yang juga bekas pegawai khas kepada kerabat diraja dan lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai meminta wang berkenaan kononnya untuk mendapatkan ‘surat kuning’ daripada kerabat diraja sebuah negeri bagi membantu proses berkenaan.

Beliau berkata , suspek Datuk Seri itu ditahan pada jam 11 pagi semalam di rumahnya di Seremban.

Berikutan penahanan itu katanya, SPRM turut menyita wang tunai berjumlah RM142,500 yang disorokkan suspek di bilik air dan but kenderaan di rumahnya, selain turut menyita kenderaan Honda Accord miliknya.

Katanya, suspek kedua yang bekerja sendiri ditahan di sebuah pasar raya di ibu negara pada jam 10 malam kelmarin, dan turut disita wang tunai berjumlah RM30,000 yang dibawa suspek.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap