Padah belajar jadi doktor gigi palsu di YouTube

Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10.05 malam, di Hotel Permai, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 27 April lepas.

Untuk pertuduhan itu, Nurul Nadzirah didakwa di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 kerana melanggar peruntukan Subseksyen 4(1) akta berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya.

Dalam rayuan minta diringankan hukuman, Nurul Nadzirah berkata dia kini menganggur dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan. Hakim Rofiah Mohamad kemudian menetapkan tertuduh membayar denda sebanyak RM25,000

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nur Khaikiyah Samsudin.

Terdahulu Nurul Nadzirah mengaku menjalankan perkhidmatan itu walaupun tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan pergigian.

Tertuduh juga mengaku mempelajari cara memakaikan pendakap gigi kepada pelanggannya menerusi rakan-rakan di saluran Youtube. – Bernama

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia