OSA: Penjawat awam ‘terselamat’ kerana kurang bukti

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penjawat awam yang melakukan perkara tersebut tidak dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Rahsia Rasmi disebabkan kekekurangan bukti.

“Sehingga kini walaupun terdapat aduan mengenai perkara tersebut, belum ada pegawai awam yang telah diambil tindakan disiplin kerana tiada bukti kes yang merujuk kepada aduan tersebut.

“Namun demikian peringatan dan pemantauan berterusan sentiasa dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan kementerian.

“Menjadi tanggungjawab semua ketua jabatan sentiasa mengingatkan warga jabatan supaya semua dokumen/maklumat terperingkat kerajaan tidak dibocorkan, didedahkan, disebarkan, disiarkan dan disampaikan kepada pihak-pihak yang tidak perlu mengetahui dengan apa-apa cara sekalipun,” katanya

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen BN-Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang ingin tahu apa tindakan yang diambil terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia