Orang terkaya Malaysia kutip sampah di Sunway Pyramid

Perkara ini dikongsi oleh seorang netizen, Gary Chong melalui laman Facebooknya baru-baru ini yang nyata terkejut setelah mengetahui individu berkenaan merupakan salah seorang taikun hartanah negara.

“Hari ini, ketika berjalan di sekitar Bandar Sunway saya terserempak dengan sekumpulan lelaki Asia yang matang dan berusia berjalan bersama-sama sambil memungut sampah di sepanjang jalan. Tidak kira helaian tisu atau straw yang berselerak di kaki lima berlatar landskap menghijau di sekitar bangunan,” tulis Chong.

Pada mulanya, Chong menganggap kumpulan itu pelancong Jepun yang mempunyai tingkah laku sedemikian kerana pernah melihat mereka berbuat demikian ketika beliau bercuti di Osaka dan Kyoto.

Bagaimanapun, ketika mendekati mereka, Chong sedar mereka bercakap dalam loghat Malaysia.

“Adakah mereka rakyat Singapura? Saya pasti mereka bukan rakyat Malaysia,” tulisnya.

Namun, apabila salah seorang dalam kumpulan itu kelihatan dikenali, beliau segera mencarinya dalam aplikasi Google.

“Selepas segera mencari dalam imej Google, ia tidak lain tetapi Tan Sri Dato ‘Seri Jeffrey Cheah!

“Respect kepada lelaki yang mengetuai pasukan seumur dengannya yang terdiri daripada pengarah korporat, orang-orang besar Kumpulan Sunway,” tulis Chong berkongsi pengalaman bertemu hartawan Malaysia yang disenaraikan oleh Forbes sebagai individu ke-18 terkaya di Malaysia dengan nilai AS$ 865,000,000 (RM3.6 bilion).

Chong kemudian menambah, kumpulan itu kemudian menuju ke arah pusat beli-belah Sunway Pyramid, salah satu daripada pembangunan di bawah Kumpulan Sunway milik Cheah.

“Saya rasa ‘wow’, ia satu perkara yang menakjubkan untuk melihat jutawan dan ikon gergasi pelbagai industri melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati, tanpa liputan akhbar atau rombongan rumit atau di bawah jenama CSR dengan berpakaian seragam korporat dan lain-lain.

“Perbuatannya untuk masyarakat dan infrastruktur yang dibina selama ini … seperti satu inspirasi!” tulisnya.

Keterujaan Chong berakhir sebaik kumpulan itu tiba dekat pintu masuk Hotel dan Spa Sunway Resort, melihat Cheah masuk ke dalam ‘Ferrari merah’.

Cong sempat bergurau berkata, ia mungkin lebih berkesan jika hartawan itu menggunakan kereta Proton.

Posting Chong di Facebook miliknya pada 10 September menjadi viral di media sosial lebih-lebih lagi selepas China Press turut berkongsi laparan itu dalam portal beritanya.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah