Orang luar dan sekutu politik tidak harus campur tangan – Najib

Menyuarakan pandangannya yang lantang dalam ruangan akhbar utama bahasa Inggeris Thailand, Bangkok Post, bertajuk ‘Building on Thai-Malaysian links’ (membina hubungan Thai-Malaysia) beliau menekankan kepada hakikat bahawa kerajaan Malaysia adalah pilihan rakyat.

“Rakyat Thailand baru-baru ini mengundi bagi satu perlembagaan baharu. Itu hak mereka, dan orang luar tidak harus mengatakan sebaliknya.”

“Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat dan orang luar serta sekutu politik mereka di Malaysia tidak boleh cuba menggugat proses demokrasi ini di antara pilihan raya-pilihan raya yang diadakan,” katanya.

Menurut perdana menteri, kedua-dua negara komited untuk bekerjasama memperbaiki taraf hidup rakyat masing-masing. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia