Orang kanan Geng 77 ditahan polis

Penahanan lelaki berusia 38 tahun dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, susulan penglibatannya dalam dua kejadian mencederakan orang di dua premis hiburan di Dang Wangi akhir bulan lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Tiger Snook, dikatakan telah menumbuk dan menendang seorang pelanggan berhampiran premis hiburan di Jalan Sultan Ismail kira-kira pukul 1.30 pagi, 31 Ogos lalu.

Difahamkan insiden itu bermula selepas berlaku salah faham berhubung kehilangan air di meja mangsa.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa, yang mengesahkan penahanan lelaki itu berkata kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – Utusan Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap