Orang Islam makan cili, ultra kiasu terasa pedas, kata Ridhuan Tee

Ridhuan berkata, sekiranya perkara itu berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti komuniti Pribumi di negara ini akan diperintah dan bukannya memerintah.

“Apa-apa sahaja berkaitan dengan hal ehwal Islam, yang tidak ada kaitan langsung dengan bukan Islam, mesti ditentang oleh ultra kiasu, sama ada berada dalam Barisan Nasional (BN) atau di luar. Kalau dahulu mereka bersatu dalam senyap.

“Hari ini menjadi lebih berani, bersatu secara terbuka. Puncanya, mereka tahu umat Islam tidak mungkin bersatu atau menjadi kuat. Apatah lagi dengan bilangan 50-50, berpecah kepada lebih lima kumpulan. Tidak mustahil 10 kumpulan.

“Apakah mereka sudah lupa bahawa negara ini berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam? Peliknya, dalam kalangan kita sebagai umat Islam, tidak ada yang berani melawan ultra kiasu. Ke manakah hilangnya semua telur itu?,” katanya, memetik tulisan di Sinar Online, pada Isnin.

Ridhuan berkata demikian merujuk kepada bantahan daripada DAP dan MCA susulan pembentangan rang undang-undang persendirian yang di bawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, pada Khamis berkaitan pindaan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Ridhuan dalam tulisannya berkata, pindaan Akta 355 bagi memperkasakan peranan mahkamah syariah mendapat tentangan yang amat hebat daripada ultra kiasu.

“Walaupun tiada kaitan langsung dengan mereka. Orang Islam makan cili, ultra kiasu terasa pedas,” katanya.

Beliau berkata, usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut. Mahkamah syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

“Jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup dan undang-undang, apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini?

“Sudahlah kekayaan ekonomi dibolot oleh orang lain. Sampai ke peringkat nak dapatkan cara hidup sendiri pun tidak dibenarkan,” katanya.

“Apa lagi yang bukan Islam mahu? Apakah pernah kita merampas kekayaan mereka? Apakah kita pernah merobohkan rumah ibadat mereka tanpa alasan? Fakta membuktikan kekayaan mereka berlipat kali ganda. Begitu juga rumah ibadat mereka. Mereka menguasai ekonomi, orang Melayu masih ramai lagi merempat.

“Hari ini kita hanya memohon, benarkan kami sebagai umat Islam, hidup di bawah cara hidup dan undang-undang kami. Itu pun tidak dibenarkan. Apakah Peribumi perlu meminta izin daripada penghijrah?,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia