Ops Baby: Klinik bersalin di Klang diserbu polis

Serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat berhubung membantu siasatan berhubung program terbitan Al-Jazeera yang bertajuk ‘Malaysia: Bayi Untuk Dijual-101 Timur’.

Serbuan diketuai Superintendan Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Cha Hoong Fong.

Serbuan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Selangor selepas dipercayai klinik berkenaan menjalankan aktiviti menjual bayi.

Selain itu, polis telah menyerbu tiga buah klinik lain di Tanjung Sepat, Puchong dan Labu, Negeri Sembilan.

Kira-kira 30 anggota dan pegawai terlibat dalam serbuan ini. Polis bagaimanapun yakin akan membuat beberapa lagi siri serbuan di beberapa lokasi lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Atipsom.

Difahamkan, sidang media berhubung isu ini akan dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, esok. –Sinar Harian Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap