Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini adalah bagi membantu siasatan punca nahas pesawat buatan Amerika Syarikat itu yang digunakan untuk rondaan maritim selain operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 1994.
“Saya telah arah Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang untuk kenal pasti punca nahas dan laksana pelan tindakan berkesan elak kejadian yang sama dari berulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di Wisma Pertahanan pada Rabu.
Hisahammuddin berkata, walaupun arahan pembekuan operasi terhadap pesawat berkenaan dikeluarkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih boleh menerima maklumat pemantauan maritim dari negara jiran dalam konteks perkongsian maklumat.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang pesawat yang terkorban, Mejar C Kayamboo serta tiga anggota yang tercedera,” katanya.