Operasi pengangkutan awam dilanjut sempena tahun baru

Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata ia adalah bagi memenuhi keperluan orang ramai yang ingin menghadiri sambutan itu selain untuk mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan berdekatan.

Stesen yang akan dibuka sehingga pukul 2 pagi itu ialah Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT KLCC bagi Laluan Kelana Jaya manakala bagi Laluan Ampang dan Sri Petaling, stesen terlibat adalah Stesen LRT Masjid Jamek.

Bagi Laluan KL Monorel pula, waktu operasi di Stesen Bukit Nanas akan dibuka sehingga pukul 2 pagi manakala Stesen Hang Tuah sehingga 12.30 tengah malam.

“Bagi perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Stesen Mutiara Damansara dan Bandar Utama juga akan dibuka sehingga 2 pagi,” kata Lim dalam kenyataannya Rabu.

Beliau berkata waktu operasi bas RapidKL dilanjutkan sehingga 2.30 pagi bagi laluan tertentu. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia