Operasi pembersihan Sungai Skudai gagal, kata exco

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata fasa pertama Pelan Pembangunan Air Sungai Skudai hanya mencatatkan kemajuan sebanyak 57 peratus.

Menurutnya, sehingga tempoh fasa pertama berakhir tahun lepas, masih banyak lagi sampah meliputi plastik polystrine, bekas makanan styrofoam, polimer dan sebagainya masih didapati di sungai tersebut.

Justeru, sekiranya fasa kedua pelan tersebut diteruskan, maka kerajaan negeri akan menstruktur semula kerja pelaksanaannya, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Sungai Skudai di Pusat Informasi Sungai Skudai, Taman Tampoi Utama, di sini hari ini.

Katanya beliau telah mengadakan mesyuarat dan bengkel bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi berkaitan berhubung perkara itu dan menyatakan pendirian bahawa fasa kedua projek mesti menepati sasaran.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mengumumkan pelan biorosot dan biokompos bagi mengurangkan penggunaan plastik dan polystrine dalam penggunaan harian.

Pengumuman dijangka dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin sewaktu pembentangan Bajet Johor 2017, pada Khamis depan, katanya.– Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia