Menurut sumber MetMalaysia operasi itu akan dijalankan untuk satu tempoh yang belum ditetapkan.
“Sekarang adalah masa yang sesuai OPA dijalankan iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang namun ia bergantung kepada atmosfera dan kewujudan awan yang sesuai,” kata sumber tersebut semasa dihubungi Bernama semalam.
Katanya kawasan OPA berpangkalan di Bayan Lepas, Pulau Pinang merangkumi bahagian Utara Semenanjung termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Suhu semasa di Perlis sehingga pukul 4 petang semalam mencatatkan 36.8 darjah Celsius dan suhu maksimum adalah 38.5 darjah Celsius sekitar pukul 1 tengh hari semalam.- Bernama