Op Samseng Jalanan, Op Mabuk keluarkan 139 saman

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, dalam operasi itu, polis turut menyita tiga buah motosikal dan menahan tiga individu kerana didapati positif alkohol.

“Sebanyak 35 kenderaan pelbagai jenis diperiksa secara teliti menggunakan M-Cops dan seramai 46 individu telah diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chandra berkata, seorang individu ditahan di bawah Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dikesan mempunyai waran tangkap trafik.

Usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan memandu di bawah pengaruh alkohol, katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap