Op Cantas Khas 2 perangi kongsi gelap ganas, bersenjata api

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Op Cantas Khas 2 merupakan edisi baharu daripada Op Cantas yang dilaksanakan pada Ogos 2013 bagi memburu penjenayah-penjenayah tegar di negara ini.

“Banyak penambahbaikan dalam Op Cantas Khas 2 yang menggabungkan tiga pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC),” kata beliau selepas Majlis Penutupan Pertandingan Menembak Persekutuan Menembak Praktikal Antarabangsa Piala Ketua Polis Negara di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Kuala Lumpur pada Ahad.

Op Cantas pada tahun 2013 dilancarkan susulan peningkatan kes-kes kekerasan termasuk kes tembak pada masa itu.- Kosmo! Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia