Atlet berusia 26 tahun itu patah pada bahagian bawah kaki kirinya kerana mendarat dengan buruk ketika bersaing dalam acara palang pada kelayakan lelaki di Rio Olympic Arena.
Delegasi Perancis kemudian mengesahkan dia patah pada bahagian ‘tibia’ dan ‘fibula’.
Ait Said jatuh ke lantai dengan bahagian belakang lutut dan bahagian bawah kakinya, membuatkan penonton ketakutan.
Dia kemudian menerima rawatan selama beberapa minit sebelum diusung keluar.
“Kami masih terkejut, ia tidak dijangka, dramatik,” kata pengarah pasukan kebangsaan Perancis, Corinne Callon kepada AFP.
“Saya bangga dengan pasukan ini, masih ada tiga pusingan dan mereka melakukannya dengan baik untuk menamatkan saingan, mereka bersatu dan ia dapat diatasi.” – AFP/BH Online