Olimpik: Dua perenang negara gagal ke separuh akhir

Bagaimanapun, dia berjaya melakukan catatan yang sama dengan rekod kebangsaan dipegangnya iaitu 1 minit 47.67 saat.

Welson sebelum ini berjaya memecahkan rekod acara tersebut pada Kejohanan Peringkat Umur di Singapura pada 18 Mac lalu.

Bagi perenang muda negara pula, Phee Jinq En berjaya mendapat tempat kedua pada saringan kedua acara 100 meter kuak dada pada temasya Sukan Olimpik.

Bagaimanapun, dia gagal untuk mara ke separuh akhir acara tersebut apabila sekadar melakukan catatan 1 minit 10.22 saat.

Catatan tersebut jauh daripada rekod kebangsaan yang juga miliknya, 1:08.65 yang dilakukan pada Kejohanan Terbaik Malaysia Mei lalu. – Kosmo! Online

Â

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2