Olimpik 2016: Dua pelayar negara belum menyerlah

Kedudukan Khairulnizam Afendy yang menduduki tangga ke-36 keseluruhan selepas perlumbaan pertama dan kedua semalam merosot apabila menamatkan saingan di tempat ke-40 daripada 46 pelayar dalam acara laser.

Dalam perlumbaan ketiga, Khairul yang tampil buat kali kedua di Olimpik menduduki tempat ke-40 dan bangkit menamatkan saingan di tangga ke-33 dalam perlumbaan keempat.

Nur Shazrin pula yang beraksi dalam acara laser radial turun satu tangga ke tempat ke-33 keseluruhan daripada 37 pelayar.

Dia menamatkan saingan di tangga ke-33 dalam perlumbaan ketiga namun bangkit memperbaiki keputusan itu dengan menduduki tempat ke-30 dalam perlumbaan keempat.

Kedua-dua pelayar itu masih berbaki enam perlumbaan lagi. –BH Online

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2