Pendirian itu dinyatakan Presiden AS tersebut selepas beliau mengadakan pertemuan dengan pencabar Clinton dari Parti Demokrat, Bernie Sanders.
Menurut portal berita UPI, sokongan tersebut turut disuarakannya secara rasmi melalui video yang disiarkan dalam laman web kempen Clinton.
“Selama lebih setahun, melangkaui beribu-ribu batu dan di semua 50 buah negeri, berpuluh-puluh juta rakyat Amerika Syarikat telah menyatakan suara mereka. Hari ini, saya hanya ingin menambah (bahagian) saya.
“Ya, tugas ini amat sukar, sebab itu saya tahu Hillary Clinton akan melakukannya dengan baik (sebagai Presiden AS). Saya tak fikir ada orang lain yang layak untuk memegang jawatan ini.”
Demikian antara petikan kenyataan Obama dalam rakaman video itu.