Nyaris maut jatuh lubang pembetungan 12 meter

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

Mangsa yang menaiki kereta Toyota Vios dipercayai panik dikatakan telah melanggar kon penghadang sebelum jatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira 12 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

“Dengan bantuan kren daripada syarikat swasta berhampiran, mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya menaiki ambulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asistem Komisioner, Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia