Nurul Izzah sedia beri laluan kepada Tun M di Lembah Pantai

Maklumat ini kuat diperkatakan dalam kalangan pembangkang ketika ini.

Penasihat Nurul Izzah, iaitu David Bala berkata, adalah sangat dialu-alukan sekiranya bekas pemimpin negara itu turun ke medan PRU nanti.

“Nurul Izzah sedia memberi laluan kepada Tun M jika beliau berhasrat bertanding di kerusi itu pada PRU akan datang,” katanya.

Nurul Izzah telah menewaskan pemimpin terkuta kawasan itu iaitu Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada PRU tahun 2008 dan calon UMNO Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada PRU 13 yang lalu.

Maka apakah kali ini ada bayangan Tun M kembali beraksi dalam PRU lebih-lebih lagi di Lembah Pantai, kita tunggu dan lihat kesudahannya. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal