VIDEO: Nur Darleen Dazeera ditemui selamat

Nur Darleen dihantar ke rumahnya pada jam 2.30 petang tadi oleh seorang wanita dikenali sebagai Juliana Jeffery.

Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin berkata Nur Darleen kini berada dalam keadaan trauma namun stabil.

“Dia masih tidak cerita apa-apa dan masih trauma, kami biarkan dia bertenang dahulu. Kami serahkan hal ini kepada pihak polis kerana ia masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu Nur Darleen hilang ketika sedang menunggu van untuk ke sekolah.

Jalaluddin berkata kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa.

“Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=Byd3d4A4CEY

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron