NUJ desak UMNO lepaskan pegangan dalam Utusan

Gesaan itu dibuat selepas kumpulan Utusan sekarang ini berdepan pelbagai masalah, termasuk kelewatann membayar gaji kakitangan, kejatuhan pengedaran dan kekurangan pendapatan melalui iklan selain terpaksa membayar ganti rugi apabila kalah dalam kes mahkamah.

Majlis Tertinggi NUJ semalam dalam satu kenyataan berkata, saham sekitar 50 peratus yang dipegang UMNO dalam Utusan boleh diambil alih oleh pihak lain bagi membolehkan penstrukturan semula akhbar berkenaan.

Malah, NUJ juga bersedia menjadi orang tengah antara pemegang saham terbesar Utusan dan pihak ketiga bagi menyalurkan pandangan demi survival Utusan dan kakitangan syarikat.

“Dengan pengambil alihan tersebut, ia akan membuka seluas-luasnya ruang kepada usaha untuk memulihkan kedudukan kewangan syarikat yang kini berdepan pelbagai masalah dengan melaksanakan penstrukturan semula.

“Ini termasuklah kerugian yang terus dicatat Utusan sejak 2009 sehingga ke hari ini selain pembayaran lewat gaji kakitangannya, kejatuhan pengedaran akhbar dan pendapatan iklan di samping terpaksa membayar ganti rugi akibat kalah dalam saman di Mahkamah. Paling menyedihkan apabila syarikat terpaksa menggunakan wang potongan pinjaman peribadi kakitangan kepada pihak bank untuk meneruskan operasi syarikat buat masa ini.

“Situasi tersebut menyebabkan kakitangan terpaksa menanggung tunggakkan hutang daripada pinjaman peribadi tersebut yang sudah tidak dibayar sejak dua bulan yang lalu. Di samping itu, Utusan terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar ganti rugi selepas kalah dalam perbicaraan,” kata NUJ.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia