Nora, Zur Eda antara peserta Gegar Vaganza musim ke-3

Perkara itu diumumkan Astro pada Rabu turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Turut menyertai adalah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Razis Ismail, Rem, Shidee (Data), Zarul Husin (Umbrella) Intan Sarafina, Azharina, Elly Mazlein, dan Siti Sarah Raisuddin.

Astro juga turut mengesahkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula masih mengalas tanggungjawab sebagai pengacara.

Gegar Vaganza musim ketiga akan bersiaran selama lapan minggu bermula 12 Oktober ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran