Nora bagaimanapun memberitahu, mereka belum menetapkan tarikh muktamad bagi meraikan hari bahagia itu.
“Seperti yang kami rancang, memang tahun ini (perkahwinan berlangsung). Saya akui memang sibuk dengan kerjaya, namun masih ada masa untuk merancang majlis kami.
“Kami juga tidak bercadang untuk mengadakan majlis besar-besaran, sebaliknya cukuplah untuk melaksanakan perkara wajib saja,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif itu turut berkata, Bali, Indonesia bakal menjadi antara lokasi majlis perkahwinannya kerana tertarik dengan keindahan alam semula jadi pulau peranginan itu.
“Kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan semuanya. Kami memang merancang (untuk berkahwin) pada tahun ini dan sedang berusaha ke arah itu,” katanya.