Nora Danish enggan dikait isu Jejai-Fasha

“Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan,” katanya ringkas apabila diminta mengulas kontroversi yang melanda Jejai dan Fasha.

Isu terbaharu itu hangat diperkatakan sebaik sebuah blog hiburan pada awal minggu lalu mendakwa beberapa individu melihat Fasha bersama peguamnya di balai polis Ampang Jaya dipercayai bertujuan membuat laporan polis berhubung gangguan daripada lelaki itu.

Sebelum ini, Nora yang juga bekas isteri ahli perniagaan itu pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai hingga membawa kepada perceraian mereka pada 20 Januari lalu.

Jejai berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008.

Mereka dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal manakala bersama Fasha yang dinikahi pada pada 27 April 2012 dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. – Berita Harian

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran