Noh cabar Azmin dedah bukti UMNO sabotaj air

Kata Noh, walaupun Barisan Nasional merupakan pembangkang di negeri Selangor, parti itu tidak akan sekali-kali menggunakan taktik kotor yang menyusahkan rakyat hanya semata-mata mahu menang pilihan raya.

“Semalam dia tuduh pula UMNO dan Barisan Nasional membuat sabotaj untuk menang pilihan raya.

“Saya hendak beritahu kepada Menteri Besar, kita hendak menang pilihan raya bukan cara main kotor, bukan cara hendak menyusahkan rakyat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini.

Azmin sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan UMNO berhubung isu pencemaran air di Semenyih.

Dakwa Azmin, kejadian pencemaran air sungai di negeri ini dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir untuk menunjukkan kerajaan negeri lemah dalam mengurus air.

Mengulas lanjut perkata itu, Noh mencabar Azmin menyerahkan bukti tersebut kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

“Kalau benar Menteri Besar ada bukti yang kukuh bahawa berlakunya sabotaj di Sungai Semenyih, saya cabar Menteri Besar untuk membuat laporan polis ataupun laporan kepada pihak yang berkuasa.

“Bagi kerjasama dengan pihak yang berkuasa, kita hendak tengok betulkah atau tidak betul dakwaan yang mengatakan sabotaj.

“Menteri Besar pun kata dia ada bukti, apa lagi tunggu? Kalau bukti sudah ada, ayuh serahkan kepada pihak berkuasa, biar pihak berkuasa siasat,” ujarnya.

Sungai Semenyih tercemar lagi, kali ketiga dalam tempoh sebulan sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa pada Ahad.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri