Rosberg yang bersaing dengan juara dunia, Lewis Hamilton berjaya memintas rakan pasukannya itu.
Hamilton yang berjaya menguasai petak pertama hanya melepasi garisan penamat pada kedudukan kedua, selepas gagal mengawal perlumbaan dengan baik.
Kemenangan Rosberg di litar luar Milan itu merupakan kejayaan ketujuh pada musim ini, lebih satu berbanding Hamilton.
Ia menjadikan kejuaraan yang ke-21 sepanjang kerjayanya.
Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen masing-masing menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga dan keempat, manakala pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo menduduki tempat kelima.