NGO Paris gesa kerajaan gugurkan semua tuduhan terhadap Zunar

RSF itu turut menggesa kerajaan agar tidak menggunakan Akta Hasutan untuk mengancam dan menakut-nakutkan Zunar dan wartawan lain.

“Kami menggesa penarikan segera dan tanpa syarat semua tuduhan terhadap kartunis ini dan kami menggesa pihak berkuasa Malaysia berhenti menggunakan Akta Hasutan untuk menakut-nakutkan dan mengancam wartawan,” kata ketua editor RSF, Virginie Dangles dalam satu kenyataan semalam.

Malaysia kini menduduki tempat ke-147 daripada 180 negara dalam senarai Indeks Kebebasan Akhbar Dunia RSF 2016.

Kes terbaru membabitkan Zunar ditangkap dalam satu majlis di Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Acara itu diadakan untuk mengumpul dana bagi kartunis tersebut, yang mengalami kerugian selepas polis merampas karya-karyanya di Pulau Pinang tiga minggu lalu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri