NGO India tuntut cuti dua hari pada Deepavali

Masyarakat India yang akan menyambut sambutan setahun sekali itu memerlukan cuti dua hari untuk bersama keluarga.

“Dengan adanya cuti am dua hari, ia memberi lebih masa untuk menyambut Deepavali bersama saudara mara yang tinggal di luar daerah dan negeri,” menurut sebuah NGO India dari Manjung, Sitiawan Perak.

Kerajaan BN diharap supaya meneliti permintaan berkenaan dengan mengambil kira sumbangan masyarakat India di negara ini.

Dalam pada itu pemberian cuti selama sehari bersempena Deepavali kali ini untuk pelajar India yang mengikuti program Matrikulasi turut digesa ditambah kepada cuti tujuh hari untuk membolehkan mereka dapat bersama keluarga yang tinggal jauh. – Tamil Nesan

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal