Nga Kor Ming perlu hormat agama lain

Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming perlu menghormati budaya masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Kata Razman tindakan memuat naik karikatur menghina sambutan Aidilfitri di laman sosial Facebook menunjukkan Kor Ming tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“Beliau perlu lebih peka dengan budaya masyarakat di negara ini yang terkenal dengan pelbagai budaya dan perayaan.

“Jangan bermain politik sehinggakan hilang budaya menghormati perayaan sesuatu kaum dan agama itu. Perkara begini amat mengecewakan,” katanya.

Ditanya tindakan polis membuka kertas siasatan berhubung perkara itu mengikut Akta Hasutan 1948, beliau berkata, pasukan keselamatan bebas membuat siasatan terhadap mana-mana individu yang disyaki melakukan perkara di luar jangka.

Katanya, Kor Ming juga harus bertanggungjawab dengan tindakan yang telah dilakukan itu.

“Bagi kita, biarlah polis sendiri yang menyelesaikan perkara-perkara seumpama ini,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri