Nga Kor Ming kesal, janji tidak fitnah Rosmah lagi

Ia merupakan syarat bagi menyelesaikan secara baik kes saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah Kor Ming di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status ‘Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!’ diambil di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

“Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks.

“Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan,” katanya.

Mohd Hafarizam memberitahu mahkamah, pihaknya menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan akujanji untuk tidak mengulanginya.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua beserta status dalam akaun Facebook atas namanya.

Gambar dan status yang dimaksudkan adalah gambar Najib dan, Rosmah bersama beberapa menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri