Netizen kecam hadiah menang berbasikal hanya RM30

Rata-rata berpendapat hadiah bernilai RM30 kepada pemenang itu tidak berbaloi dan keterlaluan. Netizen juga mengaitkan gambar itu dengan kehilangan wang KBS sebanyak RM100 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Hahhaha…lepas kes 100 juta tu konon2 kbs bawah kj ni nak save bajet kbs..tu yang bagi hadiah nilai tu….,” kata Noh Haiziq.

“Yg bodohnya bukan nilai hadiah. Kalau dah hadiah RM30 tu x payah la nak buat moque cheque mcm tu. Membazir je. Bagi duit dalam sampul. settle. Xde kena maki. Huh,” kata Ku Fitri di Facebooknya.

Bagaimana ada juga netizen yang mempertahankan pemberian hadiah tersebut yang menyifatkan ianya hanya sekadar hiburan dan bukannya mengejar hadiah semata-mata.

“Jika dilihat dari gambr itu bermakna tujuan tournamen itu bukan kerana wang sahaja. tapi seronok2…… itu kefahaman saya. org basikal mereka suka walau dgn apapun. sebab aktiviti,” kata Jabdin JJ.

“Bukan masalah tu..kos nk buat mock up cheque tu lagi mahal dari nilai hadiah..situ la bangangnye…sebab tu kena bagi hadiah atas rm100,” balas Gen Oxox.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah